KISAH NABI SULAIMAN DENGAN PUTRI BALQIS
“APABILA ratu itu sampai tanyakan,
apakah takhtamu serupa ini?” Jawab ratu, “Seolah-olah inilah dia. Dan
kepada kami telah diberikan pengetahuan sebelum ini, dan kami adalah
orang-orang yang tunduk kepada Tuhan.(an-Naml: 42)
RATU Balqis terpaksa datang mengadap Nabi
Sulaiman di istana bagi menyelamatkan diri dan kerajaannya. Ini kerana
Nabi Sulaiman bersama bala tenteranya berjanji untuk memerangi Ratu
Balqis sekiranya dia enggan beriman kepada Allah SWT.
Maka Ratu Balqis bersama
pembesar-pembesar berangkat menuju ke istana Nabi Sulaiman. Setelah
sampai di hadapan istana Nabi Sulaiman, Ratu Balqis berasa bingung dan
ragu-ragu kerana istana Nabi Sulaiman menyerupai istananya.
“Wahai Balqis, adakah istana aku ini sama dengan istanamu di Saba’?,” tanya Nabi Sulaiman kepadanya.
“Memang bentuk istana ini menyerupai istana aku,” jawab Ratu Balqis.
“Ini adalah istanamu, aku membawa
istanamu ke mari dengan mudahnya kerana Allah SWT telah memberi
pengetahuan kepada aku. Sesungguhnya aku tunduk dan beriman kepada-Nya.”
“Aku yakin ini adalah istanaku,” jawab Ratu Balqis lagi.
Kemudian, Ratu Balqis dipersilakan masuk
ke dalam istana yang lantainya diperbuat daripada kaca yang putih
bersih, rata dan licin. Di bawahnya dialirkan air sehingga nampak
seakan-akan lantai istana itu penuh dengan air.
Ratu Balqis pun masuk ke dalam istana
Nabi Sulaiman. Ketika berjalan masuk ke dalam istana itu, Ratu Balqis
menyingkap kainnya agar tidak membasahi gaun yang dipakai sehingga
menampakkan kedua-dua betisnya. Dia menyangka lantai istana itu dipenuhi
dengan air.
“Tidak usahlah kamu menyingkap kainmu
itu. Lantai itu bukannya dipenuhi dengan air tetapi ia diperbuat
daripada kaca yang sangat nipis dan licin. Oleh kerana itulah ia nampak
berkilau-kilauan seperti adanya air,” kata Nabi Sulaiman.
“Ya Tuhanku, sesungguhnya aku telah
menganiayai diriku sendiri dengan menyembah matahari. Aku telah tersesat
dan melalaikan nikmat yang diberikan oleh-Mu. Ampunilah diriku ini.
Kini aku tunduk kepada-Mu dan berserah diri kepada Sulaiman, nabi-Mu
dengan penuh keyakinan. Kasihanilah diriku wahai Tuhanku sekelian alam.
Sesungguhnya hanya Engkaulah yang berhak disembah,” kata Ratu Balqis.
dipetik dari aliff kasrah.
Geen opmerkings nie:
Plaas 'n opmerking